Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 22 May 2017 14:18

SAMBUTAN HARI GURU 2017 PERINGKAT IKBN SERI ISKANDAR

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 22 MEI 2017 – Pada hari Jumaat,19 Mei 2017 yang lalu, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah mengadakan majlis sambutan Hari Guru bersempena dengan Hari Guru yang jatuh pada 16 Mei 2017 di bawah anjuran Jabatan Pengajian Umum. Sambutan tersebut telah diadakan di Dewan Dato Maharajalela.

Semua pelajar dan pengajar telah berkumpul di Dewan pada jam 8.00 pagi. Majlis dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri. Diteruskan dengan ucapan oleh Tn. Hj. Fisal Bin Ramli, Pengarah IKBN Seri Iskandar  sekaligus merasmikan majlis sambutan Hari Guru dengan membuka kotak beracun sebagai gimik perasmian  yang diiringi oleh En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan latihan bersama Pn. Halimah Bt Bajuri, Ketua Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan.

Majlis kemudian digamatkan lagi dengan persembahan nyanyian lagu tema Hari Guru dan persembahan daripada para pelajar mengikut jurusan masing-masing.

Majlis kemudian diteruskan dengan acara memotong kek sempena Hari Guru 2017 yang diketuai oleh Tn. Hj. Fisal Bin Ramli bersama para pengajar sebagai tanda penghargaan kepada para pendidik di institut ini.

Read 8687 times