XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN BERBUKA PUASA PERINGKAT IKTBN BACHOK
 

Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Ahad, 18 June 2017 06:42

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN BERBUKA PUASA PERINGKAT IKTBN BACHOK

Written by 
Rate this item
(0 votes)

IMG 3990

Bachok, 18 Jun 2017 - Pada hari Ahad 11 Jun 2017 yang lepas, di Surau As- Salam, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok, telah berlangsungnya Majlis Khatam Al- Quran dan juga Majlis Iftar Peringkat IKTBN Bachok bersempena dengan Sambutan Hari Nuzul Quran.

Majlis pada petang itu, disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Kelantan, Tuan Mod Nadzri bin Yaacob dan dalam ucapan beliau, generasi masa kini seharusnya memanfaatkan segala kemudahan tersedia dan perlulah menjadi generasi yang cerdik duniawi dan ukhrawi.

Selesai Majlis Khatam Al- Quran, penyampaian cenderahati disampaikan oleh Tuan Pengarah JBSN Kelantan kepada para peserta yang terlibat, dan seterusnya ke dewan makan bagi menunggu waktu berbuka. Selepas berbuka, majlis diakhiri dengan sembahyang maghrib berjemaah. 

Disediakan Oleh : Muhammad Luqman Bin Nazari ( IKTBN BACHOK )
Disunting oleh :
Mohd Rizal Bin Mat Zin ( IKTBN BACHOK )

Read 493 times Last modified on Ahad, 18 June 2017 07:11
 
Find us on Facebook
Follow Us