Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 19 June 2017 08:51

MAJLIS TAMAT LATIHAN PELAJAR JUN 2017 IKBN KUALA PERLIS

Written by 
Rate this item
(0 votes)

tamat latihan 2017

Kuala Perlis, 16 Jun 2017, IKBN Kuala Perlis telah mengadakan Majlis Tamat Latihan bertempat di Dewan Utama IKBN Kuala Perlis. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh En Mohamed Shukri Bin Abdul Mookmin, Timbalan Pengarah (Bahagian  Pengurusan Latihan) IKBNKP, yang turut dihadiri oleh semua staf-staf dan para pelajar.

Seramai 125 orang pelajar IKBN Kuala Perlis telah diraikan di dalam sebuah majlis pada hari ini. Majlis ini dilaksanakan sebagai meraikan kejayaan pelajar-pelajar yang berjaya mengharungi latihan kemahiran selama 2 tahun setelah menamatkan latihan Sijil Kemahiran Malaysia  Tahap 3. Bidang-bidang yang berkaitan dengan mereka adalah Teknologi Automotif, Teknologi Awam dan Teknologi Marin.

Dalam ucapan Timbalan Pengarah beliau mengharap setiap pelajar yang tamat latihan di IKBN Kuala Perlis dapat menunjukkan satu komitmen yang baik semasa menghadiri latihan di tempat Industri nanti. Pada majlis tersebut diadakan penyampaian pelbagai anugerah dan Sijil Penghargaan untuk diberikan kepada pelajar sempena majlis tamat latihan ini. Antaranya adalah anugerah majlis perwakilan pelajar, jawatankuasa surau, pertandingan bilik terbaik, pelajar terbaik setiap jurusan dan pelajar terbaik keseluruhan. Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya, Semoga para pelajar  yang telah menamatkan pengajian di IKBN Kuala Perlis akan terus maju di masa hadapan.

Read 18 times
 
Find us on Facebook
Follow Us