Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 11 July 2017 11:40

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI IKBN SERI ISKANDAR TAHUN 2017

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 10 JULAI 2017 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Majlis Pertukaran dan Persaraan pegawai dan kakitangan pada 7 Julai 2017 Jam 10.00 pagi bertempat di Dewan Dato Maharajalela, IKBN Seri Iskandar. Majlis ini adalah anjuran bersama Koperasi ( KOOPSI) dan Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan (KESKEB) IKBN Seri Iskandar bagi meraikan pertukaran Tn. Hj. Fisal Bin Ramli, Pengarah IKBN Seri Iskandar ke IKTBN Dusun Tua, Selangor pada 10 Julai 2017 dan persaraan kakitangan iaitu Pn. Halimah Bt Bajuri, Ketua Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan serta Pn. Norizan Bt Ismail, Pembantu Perpustakaan.

Majlis turut diseri dengan kehadiran Tn. Hj. Fisal Bin Ramli, Pengarah IKBN Seri Iskandar diiringi oleh En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan bersama En. A.Rahman Bin Musbah, Timbalan Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar serta kakitangan memenuhi ruang dewan.

Pelbagai jenis hidangan telah disajikan kepada para jemputan dengan mengadakan ruang tapak juadah bagi mewakili setiap jabatan dan bahagian serta sesi lawatan ke tapak reka hiasan juadah oleh Tuan Pengarah, IKBN Seri Iskandar bagi penilaian yang tercantik sekaligus menambahkan lagi kemeriahan majlis sambutan aidilfitri pada kali ini. Pertandingan ini telah dimenangi oleh Unit cawangan Pengurusan Pelajar.

Hadiah telah disampaikan oleh Tn. Hj. Fisal Bin Ramli, Pengarah IKBN Seri Iskandar kepada A. Rahman Bin Musbah, Timbalan Pengarah, Hal Ehwal Pelajar serta cenderahati bagi pemenang cabutan bertuah. Majlis berakhir pada jam 12.00 tengahari




Read 7196 times
 
Find us on Facebook
Follow Us