Print this page
Khamis, 20 July 2017 14:36

MAJLIS MESRA AIDILFITRI DI IKTBN CHEMBONG

Written by
Rate this item
(0 votes)

CHEMBONG, 20 JULAI 2016 Majlis Mesra Aidilfitri peringkat Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah diadakan di Dewan Perdana IKTBN Chembong.

Majlis bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YB Dato’ Zaifulbahri Bin Idris, Adun Chembong merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Modal Insan, Belia Dan Sukan Negeri Sembilan serta pelajar –pelajar tahfiz dari Madrasah Tahfiz Al-Quran Taman Seri Pagi.

Majlis ini dimeriahkan dengan aneka juadah hari raya yang disediakan hasil kerjasama dan gotong royong staf dan pelajar mengikut jurusan masing-masing. Majlis juga diserikan dengan persembahan dan sesi bergambar di photo booth yang disediakan. Semoga majlis yang diadakan ini dapat menyatupadukan seluruh warga IKTBN Chembong seterusnya menjalinkan ukhuwah dan silaturrahim staf dan pelajar seiring dengan matlamat Aidilfitri.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

20139643 1514605205301053 4790426931187069647 n

 

20228494 1514607641967476 8244293903357278764 n

 

20229197 1514610148633892 3165891567560655930 n

 

 

 20258016 1514611088633798 5700350788962838183 n

 

 

 

Read 5913 times
Find us on Facebook
Follow Us