Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 25 July 2017 15:18

CERAMAH AGAMA DI IKTBN CHEMBONG

Written by
Rate this item
(0 votes)

CHEMBONG, 25 JULAI 2017 Satu Ceramah Agama anjuran Jawatankuasa Surau Al-Falah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah diadakan bertempat di Surau Al-Falah, IKTBN Chembong.

Ceramah yang bertajuk Keberkatan Menuntut Ilmu ini telah disampaikan oleh penceramah bebas yang sangat terkenal iaitu Syamsul Amri Bin Haji Ismail atau lebih dikenali sebagai Syamsul Debat.

Ceramah yang dilaksanakan ini bermula pada jam 9.00 malam hingga 10.30 malam dihadiri oleh para pegawai serta pelajar IKTBN Chembong dan turut mempelawa pelajar Institut Latihan Perindustrian Pedas,Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail serta penduduk kampung berdekatan. Objektif utama penganjuran ceramah ini sebagai usaha murni untuk memberi pendedahan tentang betapa pentingnya menuntut ilmu. Justeru, diharap ceramah ini dapat terus diadakan demi menanamkan serta menyuntik semangat untuk mencintai dan menghargai ilmu.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

20430063 1546393125405107 2233887094181407076 n

 

20375630 1546393228738430 3545056194740951377 n

 

 

 

 

 

 

 

 

Read 7564 times
 
Find us on Facebook
Follow Us