Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 25 July 2017 15:34

LAWATAN PEMANTAUAN PERLAKSANAAN KERJASAMA MERCEDES – FUSO KE IKTBN CHEMBONG

Written by
Rate this item
(0 votes)

CHEMBONG, 25 JULAI 2017 Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah menerima lawatan dari pegawai-pegawai Mercedes – Fuso pada hari ini.

Lawatan ini adalah bertujuan untuk melihat perlaksanaan Pembelajaran dan Pengajaran 2 orang pengajar dari Bahagian Teknologi Kenderaan Perdagangan iaitu Encik Mohd Hizny bin Harun dan Encik Mohd Syahidan Bin Mohd Ruslan yang telah menjalani TTT (Training the Trainer) Programme bersama mereka. Pegawai tersebut turut dibawa melawat dan melihat sendiri bengkel Teknologi Kenderaan Perdagangan.

Selain daripada itu, satu perbincangan antara pihak Mercedes – Fuso dan IKTBN Chembong turut diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, IKTBN Chembong. Perbincangan ini adalah berkisar tentang penempatan para pelajar semester akhir jurusan Teknologi Kenderaan Perdagangan yang akan tamat pengajian pada Disember 2017 dan akan menjalani Program Latihan Industri pada Januari – Mac 2018 nanti. Justeru, diharap semoga lawatan ini dapat mencapai objektif dan mengeratkan lagi kerjasama di antara kedua pihak. Pihak institut juga berbesar hati menerima kunjungan pihak Mercedes- Fuso di masa akan datang.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

 FB IMG 1501654330215

 

FB IMG 1501654335499

 

FB IMG 1501654319771

 

 

 

Read 6530 times Last modified on Khamis, 03 August 2017 20:49
 
Find us on Facebook
Follow Us