Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 26 July 2017 15:40

IKTBN CHEMBONG SERTAI PAMERAN PENDIDIKAN DAN KERJAYA 2017

Written by
Rate this item
(0 votes)

SEREMBAN, 26 JULAI 2017 Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah menyertai Pameran Pendidikan dan Kerjaya 2017 bersempena Program Hari Pendidikan dan Kerjaya yang berlangsung di SMK Bukit Kepayang, Seremban, Negeri Sembilan.

Karnival ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang pilihan melanjutkan pelajaran selepas SPM. Pelbagai agensi dan pusat kemahiran telah menyertai pameran ini termasuklah IKTBN Chembong. Seawal jam 8.00 pagi Jawatankuasa Pameran dan Promosi IKTBN Chembong yang terdiri daripada 3 orang pegawai iaitu Encik Rohizad Bin Abd Rahman, Encik Jasnin Bin Amat dan Cik Norina Arni Bt Ahmad Sobri telah membuka ‘booth’ pameran. Melalui pameran yang diadakan, pelajar-pelajar dapat diberi memberi maklumat yang lebih jelas berkenaan IKTBN Chembong, kursus-kursus yang ditawarkan serta syarat-syarat kemasukan.

Selain itu, para pelajar dapat berkomunikasi dan berinteraksi secara terus dengan para pegawai IKTBN Chembong. Melalui kaedah promosi ini, para pegawai dapat membantu pelajar untuk menerangkan maklumat yang jelas tentang hala tuju yang sesuai untuk mereka. Justeru itu, IKTBN Chembong memuji usaha pihak sekolah kerana dapat menganjurkan pameran ini dengan jayanya. Menerusi pameran ini, ia diharap dapat memberi impak yang positif dan member pendedahan awal kepada pelajar yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi selepas SPM.

 

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

FB IMG 1501654357122

 

FB IMG 1501654366002

 

 

 

 

 

Read 6752 times Last modified on Khamis, 03 August 2017 20:49
 
Find us on Facebook
Follow Us