Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 02 August 2017 13:24

PROGRAM GEMSTONE SMK DATO SEDIA RAJA

Written by
Rate this item
(0 votes)

CHEMBONG, 2 OGOS 2017 Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah menerima kunjungan lawatan sambil belajar dari SMK Dato Sedia Raja pada hari ini.

Lawatan ini juga dibawah Program Gemstone dan melibatkan 30 orang pelajar dan 4 orang guru pengiring. Matlamat utama program ini ialah memberi peluang kepada pelajar untuk belajar pada suasana yang berbeza dari alam persekolahan. Pada jam 10.00 pagi, para pelajar diberi taklimat ringkas oleh pegawai IKTBN Chembong, En Fadly bin Mansor, Seterusnya, para pelajar meneruskan sesi pembelajaran di Makmal Komputer, IKTBN Chembong. Kemudian, para guru dan pelajar telah dibawa melawat ke bengkel-bengkel Automotif dan Awam bagi melihat sendiri latihan kemahiran yang terdapat di IKTBN Chembong.

Pihak institut menyokong penuh usaha pihak sekolah dalam usaha menjayakan program ini. Diharap pihak sekolah dan pihak IKTBN Chembong dapat bekerjasama pada masa akan datang.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

  20476328 1527888870639353 8926868371563284321 n

 

20525874 1527889887305918 6656725505768149305 n

 

20597065 1527888920639348 6889060394755442995 n

Read 7451 times Last modified on Isnin, 28 August 2017 13:51
 
Find us on Facebook
Follow Us