Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Sabtu, 05 August 2017 13:43

IKTBN CHEMBONG SERTAI PAMERAN PROGRAM JELAJAH UPU BERSAMA MASYARAKAT ORANG ASLI

Written by
Rate this item
(0 votes)

JELEBU, 5 OGOS 2017 Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah menyertai Pameran sempena Program Jelajah UPU bersama masyarakat Orang Asli di Negeri Sembilan dan Melaka yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Putra (Orang Asli), Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan.

Karnival ini diadakan adalah bertujuan untuk menyebarluas peluang pendidikan tinggi di IPTA atau di Institut Kemahiran Latihan Awam. Pelbagai agensi dan pusat kemahiran telah menyertai pameran ini termasuklah IKTBN Chembong. Seawal jam 8.00 pagi Jawatankuasa Pameran dan Promosi IKTBN Chembong yang terdiri daripada 3 orang pegawai telah membuka ‘booth’ pameran. Melalui pameran yang diadakan, pelajar-pelajar dapat diberi memberi maklumat yang lebih jelas berkenaan IKTBN Chembong, kursus-kursus yang ditawarkan serta syarat-syarat kemasukan.

Selain itu, para pelajar dapat berkomunikasi dan berinteraksi secara terus dengan para pegawai IKTBN Chembong. Ia juga akan dapat membantu anak- anak masyarakat orang asli khususnya mereka yang belajar di tingkatan 3, 4 dan 5 dalam mendedahkan mereka kepada peluang-peluang pengajian tinggi khususnya dalam bidang kemahiran yang boleh mereka sertai. Justeru itu, IKTBN Chembong memuji usaha pihak sekolah kerana dapat menganjurkan pameran ini dengan jayanya. Menerusi pameran ini, ia diharap dapat memberi impak yang positif dan memberi pendedahan awal kepada pelajar yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi selepas SPM.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

20604505 1530951290333111 7259115534379014452 n

 

20637861 1530950983666475 214695627380602463 n

 

20621127 1530951180333122 3212227444964225891 n

Read 7209 times
 
Find us on Facebook
Follow Us