Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Ahad, 06 August 2017 09:02

TAKLIMAT SEMPENA PROGRAM SKUAD INOVATIF JIRAN MUDA KRT TAMAN SEDIA RAJA ,CHEMBONG

Written by
Rate this item
(0 votes)

KOTA, 6 OGOS 2017 Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah diberi jemputan untuk memberi taklimat sempena Program Skuad Inovatif Jiran Muda KRT Taman Sedia Raja ,Chembong.

Program ini berlangsung di Balai Raya , Gunung Datok, Kota. Taklimat yang disampaikan oleh pegawai IKTBN Chembong, Cik Norina Arni binti Ahmad Sobri ini adalah untuk memberi penerangan yang lebih jelas berkenaan IKTBN Chembong, kursus-kursus yang ditawarkan serta syarat-syarat kemasukan. Melalui taklimat ini, diharap akan dapat membantu peserta program untuk mengetahui dengan lebih mendalam kepada peluang-peluang pengajian tinggi khususnya dalam bidang kemahiran yang boleh mereka sertai.

Justeru itu, IKTBN Chembong memuji usaha pihak penganjur program kerana dapat menganjurkan program ini dengan jayanya dan memberi ruang untuk pegawai IKTBN Chembong memberi taklimat. Menerusi taklimat ini, ia diharap dapat memberi impak yang positif dan memberi pendedahan awal kepada para peserta khususnya pelajar yang ingin meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi selepas SPM.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

WhatsApp Image 2017 08 07 at 22.16.41

 

WhatsApp Image 2017 08 07 at 22.16.43

Read 7835 times
 
Find us on Facebook
Follow Us