Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 10 August 2017 09:14

BENGKEL SEMAKAN SEMULA DOKUMEN MS ISO 9001 : 2015 BERSAMA SIRIM STS

Written by
Rate this item
(0 votes)

CHEMBONG, 10 OGOS 2017 Pihak Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah mengadakan Bengkel Semakan Semula Dokumen MS ISO 9001:2015 bersama SIRIM STS.

Bengkel ini diadakan selam 3 hari pada 8 Ogos 2017 sehingga 10 Ogos 2017 bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang bertempat di Makmal Komputer, IKTBN Chembong. Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh Puan Fauzan Binti Mat Ishah daripada SIRIM STS. Matlamat utama penganjuran bengkel ini adalah untuk menyemak semula Dokumen MS ISO 9001 :2015, dimana melalui sistem ini perkhidmatan dan pengurusan akan menjadi lebih cekap, produktif, mengurangkan kos operasi, masa dan penjimatan penggunaan sumber, di samping itu menggalakkan penambahbaikan yang berterusan dan mematuhi piawaian yang telah ditetapkan.

Melalui bengkel ini, para peserta harus menyemak semula dokumen berkaitan mengikut unit masing-masing dan seterusnya membentangkan diikuti dengan sesi soal jawab untuk lebih memberikan kefahaman kepada semua peserta berkaitan Prosedur Kualiti MS ISO 9001 : 2015. Dengan adanya kursus sebegini, para pegawai dapat menyemak semula dokumen ISO dan dapat membantu pencapaian Institut ke arah kecemerlangan.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

20728182 1536098416485065 230830270835307276 n

 

20728039 1533840266710880 1123408431913915481 n

 

20638156 1535042733257300 8495118810360054332 n

 

20663906 1536098569818383 3731092109719377202 n

 

 

Read 7116 times Last modified on Jumaat, 11 August 2017 09:23
 
Find us on Facebook
Follow Us