XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX MAJLIS KONVOKESYEN INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN (ILKBS) KALI KE 13 / 2017
 

Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 11 August 2017 03:39

MAJLIS KONVOKESYEN INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN (ILKBS) KALI KE 13 / 2017

Written by 
Rate this item
(0 votes)

PUTRAJAYA, 7 Ogos 2017 - Konvokesyen Institut Latihan Kemahiran Belia Dan Sukan (ILKBS) merupakan acara tahunan yang terbesar bagi meraikan pelajar ILKBS yang berjaya menamatkan pengajian di peringkat Sijil, Diploma dan Diploma Lanjutan. Majlis Konvokesyen ini telah dijalankan pada 7 & 8 Ogos 2017 bertempat di Pusat Konvokesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Selain daripada majlis graduasi pelajar, IKTBN Alor Gajah (IKTBNAG) juga telah dijemput oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia Dan Sukan untuk mengadakan persembahan Koir dan Kumpulan Muzik (Band) bagi menyerikan lagi suasana Majlis Konvokesyen tersebut. Selain daripada persembahan Koir dan Kumpulan Muzik (Band), IKTBN Alor Gajah juga telah mengambil peluang menyertai pameran interaktif  bagi mempromosikan IKTBN Alor Gajah di Majlis Konvokesyen ILKBS Kali ke 13 ini.

Daripada 6,226 graduan yang terlibat dalam Majlis Konvokesyen tersebut, seramai 427 graduan dari IKTBNAG telah berjaya menerima Diploma Lanjutan, Diploma dan Sijil Lanjutan dalam Bidang Hospitaliti dan Bidang Elektrik. Selain itu graduan IKTBNAG dari Jabatan Elektrik, Ahmad Shahizul Bin. Ab. Rahim telah terpilih menerima Anugerah Graduan Terbaik Peringkat IKTBN Alor Gajah. Majlis Konvokesyen kali ini juga turut menyampaikan Anugerah Penarafan 5 Bintang kepada ILKBS yang telah menunjukkan prestasi yang baik sepanjang tahun 2016  dan penilaian anugerah tersebut telah dijalankan pada bulan April 2017 yang lepas. Daripada 21 ILKBS yang dinilai, 3 ILKBS telah menerima Anugerah Penarafan 5 Bintang iaitu IKTBN Alor Gajah, IKTBN Sepang dan IKTBN Bukit Mertajam. 

Read 64 times
 
Find us on Facebook
Follow Us