XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX PROGRAM DISKUSI IPT PERINGKAT NEGERI MELAKA 2017 - TEMA “DEMOKRASI BERPARLIMEN”
 

Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 11 August 2017 03:48

PROGRAM DISKUSI IPT PERINGKAT NEGERI MELAKA 2017 - TEMA “DEMOKRASI BERPARLIMEN”

Written by 
Rate this item
(0 votes)

MASJID TANAH, 8 Ogos 2017 -  Pelajar dari Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara, Alor Gajah telah menyertai Program Diskusi IPT Peringkat Negeri Melaka yang bertema “Demokrasi Berparlimen” bertempat di Dewan Kolej Universiti Islam Melaka. Seramai 10 orang pelajar dari institut ini telah terlibat di dalam program tersebut dimana 3 daripada mereka merupakan Ahli Panel bagi menyampaikan hujah bertajuk ‘Sumbangan Belia Dalam Pembangunan Negara’. Selain daripada IKTBN Alor Gajah, 3 IPT lain yang turut menyampaikan hujah mereka iaitu UCAM dengan tajuk ‘Rukun Negara Pemangkin Negara Maju’, KUIM dengan tajuknya  ‘Perpaduan Kaum Tunjang Kestabilan Negara’ dan Politeknik Merlimau dengan tajuknya ‘’Jatidiri Mempertahankan Demokrasi Berparlimen’.

Program ini adalah sebahagian dari usahasama pihak kerajaan dan Jabatan Penerangan untuk melihat corak pemikiran pemimpin masa depan dengan melihat sejauh mana pandangan, harapan dan keyakinan para belia terhadap Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Dialog atau forum menerusi program ini adalah jaringan komunikasi secara ‘smart partnership’ dan ‘platform’ Jabatan Penerangan bertujuan untuk menerap, memupuk dan menyemai semangat positif golongan belia terhadap konsep Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan di Malaysia. Di antara objektif dari program ini adalah bagi menerap nilai-nilai positif terhadap pemahaman belia dalam konsep Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Selain itu, ia juga dapat memupuk semangat patriotisme dan jati diri  terhadap Institusi Raja-Raja dalam kalangan diri belia dan menyemai perasaan belia supaya cintakan negara dan menghormati perlembagaan Negara serta memberi dan menjelaskan peranan dan tanggungjawab belia sebagai warganegara terhadap sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.

Read 63 times
 
Find us on Facebook
Follow Us