Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 14 August 2017 10:24

PERINGKAT AKHIR WORLDSKILLS MALAYSIA BELIA (WSMB) - SEMOGA KEJAYAAN MENJADI MILIK KITA!

Written by
Rate this item
(0 votes)

wsmb

Bachok, 13 Ogos 2017 - Ahmad Lutfil Hadi B. Zahidi, pelajar Jurusan Penyediaan Makanan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok telah berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir selepas pusingan Pra - Kelayakan Worldskills Malaysia Belia (WSMB) di Universiti teknologi Mara Pulau Pinang.

Ahmad Lutfil Hadi yang merupakan wakil tunggal bagi kategori “Cooking” juga mewakili Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) bersama dua lagi pelajar yang turut mewakili ILKBS iaitu dari dari IKTBN Alor Gajah, Melaka dan juga IKBN Miri, Sarawak dalam kategori “Restaurant Service” dalam pertandingan tersebut.

WSMB Peringkat Akhir yang bermula pada 11- 15 Ogos 2017 berlangsung di Pusat Kemahiran Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) Shah Alam dan Ahmad Lutfil Hadi akan memulakan cabaran pada 14 dan 15 Ogos bersama pembantunya, Iqemal Hakimi Bin Mohamad Nasir yang juga merupakan pelajar Jurusan Penyediaan Makanan di IKTBN Bachok.

Mengulas mengenai pertandingan akhir tersebut, Encik Mohammad Adha Yusuf yang juga merupakan pengajar jurusan tersebut, juga selaku jurulatih bagi Ahmad Lutfil Hadi berkata, “Meskipun saingan yang sengit pasti berlaku di peringkat akhir pertandingan tersebut, namun semangat dan usaha yang ditunjukkan daripada Ahmad Lutfil Hadi dan pembantunya serta sokongan daripada pihak pengurusan IKTBN Bachok, Insyaallah segalanya tidak mustahil.” Semoga Kejayaan Milik Kita

Disediakan Oleh : Mohd Luqman Bin Nazari ( IKTBN BACHOK )
Disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin ( IKTBN BACHOK )

Read 6022 times
 
Find us on Facebook
Follow Us