Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 24 August 2017 16:10

IKTBN BACHOK TERIMA LAWATAN DARI SMK BUNUT SUSU

Written by
Rate this item
(0 votes)

SMKBS

Bachok, 24 Ogos 2017 - IKTBN Bachok telah menerima Lawatan sambil belajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bunut Susu, Pasir Mas pada 15 Ogos 2017 (Selasa) yang disertai 40 orang pelajar serta 04 orang Guru Pengiring.


Pihak IKTBN Bachok mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah yang sudi membuat lawatan ke Institut bagi memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kursus-kursus yang ditawarkan di  IKTBN Bachok. Pihak IKTBN Bachok melalui unit promosi telah menyampaikan taklimat tentang Institusi Latihan Kemahiran Belia Dan Sukan (ILKBS) dan peranannya dalam membantu Negara memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dan separuh mahir kepada pelajar-pelajar yang telah hadir semasa lawatan tersebut.

Selepas sesi taklimat,penerangan dan sesi soal jawab pelajar-pelajar dibawa melawat bengkel-bengkel yang ada di IKTBN Bachok bagi melihat sendiri proses pembelajaran yang sedang berjalan. Semasa sesi lawatan ke bengkel-bengkel pihak pengajar di setiap bengkel telah mengadakan sesi demonstrasi dan soal jawab bersama pelajar. Diharap hasil lawatan yang diadakan akan dapat menarik minat pelajar-pelajar untuk melanjutkan pelajaran di bidang kemahiran dan ILKBS menjadi tempat pilihan mereka.Pihak IKTBN Bachok juga amat berbesar hati untuk menerima mana-mana sekolah yang ingin membuat lawatan sambil belajar pada masa akan datang.

Disediakan Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin ( IKTBN BACHOK )
Disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin ( IKTBN BACHOK )

Read 5971 times
 
Find us on Facebook
Follow Us