Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 09 August 2017 16:29

LAWATAN PENANDAARASAN EKSA DARI IKBN BACHOK, KELANTAN

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 9 OGOS 2017 - Dengan kejayaan Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar memperolehi Sijil Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ), sekali lagi IKBN Seri Iskandar menerima lawatan agensi dari luar iaitu Institut Kemahiran Belia Negara Bachok, Kelantan pada 9 Ogos 2017 jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama seramai 30 orang.

Turut hadir sama sesi taklimat Pengarah IKBN Seri Iskandar, En. Md. Isa Bin Ibrahim bersama En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan Merangkap Koordinator EKSA IKBN Seri Iskandar bersama Ahli Jawatankuasa Induk. Sesi taklimat telah disampaikan oleh En. Raja Muadzam Syah B. Raja Mohd Noor di bawah Jawatankuasa Latihan.

Para peserta rombongan telah dibawa ke seluruh zon bagi melihat suasana dan pelaksanaan EKSA dijalankan di institut ini. Semoga lawatan ini dapat memberi serba sedikit info yang bermakna dalam proses pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) di tempat mereka nanti. Diakhir rombongan sesi bergambar telah diadakan di lobi pentadbiran

Read 6205 times
 
Find us on Facebook
Follow Us