Print this page
Khamis, 17 August 2017 16:35

LAWATAN PENANDAARASAN EKSA KE JABATAN PENGANGKUTAN JALAN IPOH, PERAK

Written by
Rate this item
(0 votes)

IPOH, PERAK, 17 OGOS 2017 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah menggadakan Lawatan Penandaarasan Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) pada 17 Ogos 2017 jam 10.00 pagi bertempat di Jabatan Pengangkutan Jalan Ipoh, Perak. Lawatan Penandaarasan ini diketuai oleh Pn. Usah a/p Parmasavam bersama kakitangan dan pelajar seramai 30 orang. 

Sesi taklimat mengenai pelaksanaan EKSA di Jabatan Pengangkutan Jalan Ipoh, Perak telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama. Tujuan lawatan ini adalah untuk meninjau dan berkongsi idea mengenai pelaksanaan amalan EKSA serta info terkini mengenai EKSA. 

Peserta lawatan telah dibawa ke sekitar bangunan pentadbiran dan zon-zon yang terlibat terutama sekali stor pusat dan bilik fail bagi melihat serta suasana sebenar pelaksanaan amalan EKSA. Diharapkan dengan lawatan ini dapat sedikit sebanyak para delegasi menimba pengalaman dan pengetahuan dalam usaha pelaksanaan EKSA di institut kami

Read 6125 times
Find us on Facebook
Follow Us