Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Ahad, 20 March 2016 22:58

KEJOHANAN FUTSAL LELAKI TERTUTUP SEMPENA HARI KEPUTERAAN D.Y.M.M SULTAN JOHOR 2016

Written by
Rate this item
(0 votes)

Disediakan oleh : Encik Mohd Syahfizzan bin Ahmad

Foto : Saudara Aizat Muzarreq bin Mustafa

KEJOHANAN FUTSAL LELAKI TERTUTUP SEMPENA HARI KEPUTERAAN D.Y.M.M SULTAN JOHOR 2016

Bandar Penawar, 20 Mac 2016 – Seramai 23 orang pelajar dari IKBN Bandar Penawar telah menyertai satu Kejohanan Futsal Lelaki Tertutup yang diadakan sempena Hari Keputeraan D.Y.M.M yang diadakan pada 19 Mac 2016 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan, Larkin, Johor. Program yang mendapat penyertaan sebanyak 52 pasukan ini merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Johor Bahru dengan kerjasama Sport Recreation Community Club Parlimen Johor Bahru.


Pada kejohanan ini, Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKBN Bandar Penawar telah menghantar dua pasukan yang berjaya mendapat keputusan memberangsangkan. Pasukan pertama (G.O.T.A) telah layak sehingga ke peringkat suku akhir pertama. Pasukan kedua pula (Ambassador) telah layak sehingga ke peringkat suku akhir kedua setelah tewas 0-2 ditangan pasukan Putera Rayyan F.T yang berjaya merangkul gelaran naib johan dalam Kejohanan ini.

 

Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasukan, jurulatih dan pegawai pengiring diatas pencapaian mereka dalam kejohanan ini dan semoga ilmu dan pengalaman ini akan digunakan sepenuhnya dalam pertandingan seumpamanya dimasa akan datang. Ucapkan setinggi terima kasih juga kepada Pengarah IKBN Bandar Penawar, Zahrin Bin Romli yang menyokong sepenuhnya penyertaan pelajar IKBN Bandar Penawar dalam kejohanan ini.

Read 1065 times Last modified on Rabu, 20 April 2016 18:47
 
Find us on Facebook
Follow Us