Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 21 September 2017 07:39

LAWATAN PENANDAARASAN MS ISO 9001:2015 DI POLITEKNIK BANTING SELANGOR

Written by
Rate this item
(1 Vote)

KUALA LANGAT, 21 SEPTEMBER 2017 - Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat  telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Politeknik Banting , Selangor pada 15 September yang lalu di sini . 

   Seramai 17 orang Ahli Jawatankuasa telah terlibat dalam lawatan tersebut yang bertujuan untuk melihat sendiri pelaksanaan MS ISO 9001 : 2015 yang telah dijalankan di Politeknik tersebut . Lawatan tersebut telah disambut baik oleh wakil pihak Politeknik Banting iaitu Uma Devi a/p Nadarajah selaku Pegawai Kualiti MS ISO 9001 : 2015 di Politeknik tersebut . 

 Banyak input yang telah dikongsikan antaranya berkaitan Pengurusan Risiko serta penambahan dalam dokumentasi iaitu Manual Risk Management dan Pelan Risk Management.Diharapkan selepas lawatan ini nanti IKBN Kuala Langat akan terus dapat melaksanakan MS ISO 9001 : 2015 . 

 

Berita oleh: Nur Hidayah Binti Sukhaimi 

Disunting oleh : Nor Azlin Binti Sumiran 

 

 

 

Read 6261 times Last modified on Khamis, 21 September 2017 07:53
 
Find us on Facebook
Follow Us