Print this page
Rabu, 30 August 2017 15:04

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-60 PERINGKAT IKBN SERI ISKANDAR

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 30 OGOS 2017 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah melancarkan pelbagai program dan aktiviti di peringkat jabatan sempena meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia bagi tahun 2017 yang merupakan sebahagian daripada sambutan Hari kemerdekaan negara ke-60 yang bertemakan "Negaraku Sehati Sejiwa". Majlis ini telah didakan pada 29 Ogos 2017 jam 2.30petang bertempat di Dewan Dato Maharajalela. Program-program tersebut diadakan untuk meningkatkan kesedaran warga IKBN Seri Iskandar tentang konsep dan rentetan sejarah kemerdekaan negara, serta perjuangan pelbagai pihak yang berusaha meraih kemerdekaan. Semua aktiviti yang diadakan ini melibatkan semua pelajar dan kakitangan dibawah anjuran Jabatan Pengajian Umum, Cawangan Hubungan Industri Dan Promosi dan Cawangan Penyelarasan Dan Kawalan Kualiti.

Turut hadir dimajlis ini, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En. Amir-Kharul Bin Daud diiringi oleh Ketua Cawangan Penyelarasan Dan Kawalan Kualiti, En. Raja Muadzam Syah B. Raja Mohd Noor bersama Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar, En. Jasalilawadi Bin Jahi serta kakitangan dan pelajar. Majlis dimulakan dengan ucapan Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan, En. Amir-Kharul Bin Daud dan beliau memaklumkan bahawa aktiviti-aktiviti yang dijalankan sempena sambutan tahun ini direka untuk menimbulkan keinsafan dalam diri setiap warga IKBN Seri Iskandar tentang kemakmuran yang dinikmati sebagai rakyat Malaysia seiring dengan sambutan Hari Kebangsaan Ke-60, dan betapa pentingnya setiap daripada kita berusaha untuk memelihara kemakmuran tersebut, serta terus berjuang untuk menambahbaik keadaan negara. Disamping itu juga, beliau telah merasmikan Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-60 dengan laungan merdeka sebanyak tiga(3) kali bersama seluruh warga IKBN Seri Iskandar.

Antara acara yang telah dilaksanakan ialah pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan 2017, deklamasi sajak dan puisi, laungan merdeka dan replika bentuk nombor 60 oleh pelajar









Read 5700 times
Find us on Facebook
Follow Us