Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 28 August 2017 15:08

MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJA KALI KE-2 PERINGKAT IKBN SERI ISKANDAR

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 24 OGOS 2017 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Seri Iskandar telah mengadakan Minggu Keselamatan Dan kesihatan Pekerja pada 28 hingga 29 Ogos 2017 bertempat di Dewan Dato Maharajalela. Program ini telah berlangsung selama dua hari yang dipenuhi pelbagai aktiviti seperti Ceramah dari Jabatan Penjara, Bt. Gajah, Polis Diraja Malaysia Perak Tengah, Bomba Dan Penyelamat Seri Iskandar, Agensi Dadah Kebangsaan, Pusat Pemulihan Akhlak, Bt. Gajah, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan disusuli dengan demonstrasi kebakaran oleh Pasukan Bomba Dan Penyelamat Seri Iskandar dan Asas Pertolongan Cemas oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia Seri Iskandar.

Turut hadir ialah ketua-ketua bahagian, para pegawai kanan, pegawai dan kakitangan serta para pelajar. Tujuan utama Minggu Keselamatan dan Kesihatan ini diadakan adalah khusus untuk memberikan pengetahuan, pembelajaran serta meningkatkan kesedaran supaya sama-sama dapat membudayakan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja bersama rakan sekerja.


Minggu Keselamatan dan Kesihatan ini merupakan salah satu pelan tindakan jabatan untuk mempertingkatkan kesedaran mengenai keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan juga sempena Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sedunia pada 28 April setiap tahun.
Dengan harapan hasil daripada program seperti ini akan dapat meningkatkan lagi kesedaran mengenai kepentingan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dalam kalangan kakitangan jabatannya

Read 5358 times
 
Find us on Facebook
Follow Us