Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 28 September 2017 14:39

IKTBN BACHOK SERTAI PAMERAN SEMPENA PESTA KO-KURIKULUM (PESKO) DAN HARI TEKNIK VOKASIONAL, SMK JELAWAT

Written by
Rate this item
(0 votes)

SMKJELA

Bachok, 28 September 2017- IKTBN Bachok telah menghadiri Pameran sempena Pesta Ko-Kurikulum (PESKO) dan Hari Teknik Vokasional SMK Jelawat, Bachok, Kelantan yang telah berlangsung pada 27 September 2017 (Rabu).

IKTBN Bachok melalui unit Promosi telah menghantar seramai 02 orang pegawai dan 02 orang pelajar bagi membantu memberi penerangan kepada semua pengunjung yang hadir.Semasa pameran yang diadakan pihak IKTBN Bachok juga telah mengadakan demontrasi Lipatan Napkin salah satu dari komponen yang diajar bagi bidang Pramusaji.

Sepanjang program berlangsung “Booth” pameran IKTBN Bachok sentiasa dikunjungi pengunjung yang ingin bertanya mengenai kursus-kursus yang ditawarkan di ILKBS dan cara untuk memohon. Diharap maklumat dan penerangan yang diberikan semasa program akan membantu pelajar yang akan menduduki SPM membuat pilihan yang terbaik bagi melanjutkan pelajaran.

Pihak IKTBN Bachok mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah yang sudi menjemput untuk bersama memeriahkan program Pesta Ko-Kurikulum (PESKO) dan Hari Teknik Vokasional. Pihak IKTBN Bachok berharap dengan pameran, taklimat dan Demonstrasi yang diberikan dapat membantu pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM membuat keputusan tentang hala tuju untuk menyambung pelajaran di bidang teknikal atau akademik.

Disediakan Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin ( IKTBN BACHOK )
Disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin ( IKTBN BACHOK )

Read 5683 times
 
Find us on Facebook
Follow Us