Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 25 September 2017 09:09

LAWATAN PENANDAARASAN EKSA DARI HOSPITAL CHANGKAT MELINTANG PARIT, PERAK

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 21 SEPTEMBER 2017 - Dengan kejayaan Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar memperolehi Sijil Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ), sekali lagi IKBN Seri Iskandar menerima lawatan agensi dari luar iaitu Hospital Changkat Melintang, Bota Kanan Parit, Perak pada 21 September 2017 jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama seramai 30 orang.

 

Turut hadir sama sesi taklimat En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan Merangkap Koordinator EKSA IKBN Seri Iskandar bersama Ahli Jawatankuasa Induk. Sesi taklimat telah disampaikan oleh En. Mohmad Khairi B. Abdul Rahman di bawah Jawatankuasa Latihan.

Para peserta rombongan telah dibawa ke seluruh zon bagi melihat suasana dan pelaksanaan EKSA dijalankan di institut ini. Semoga lawatan ini dapat memberi serba sedikit info yang bermakna dalam proses pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) di tempat mereka nanti. Diakhir rombongan sesi bergambar telah diadakan di lobi pentadbiran



Read 5937 times Last modified on Khamis, 19 October 2017 09:54
 
Find us on Facebook
Follow Us