Program yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar ini dijalankan secara serentak iaitu Program Mengacau Bubur Asyura bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 3.30 petang manakala Program Ceramah Maal Hijrah pula bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 12.00 Tengahari. Kedua-dua program ini dijalankan disurau As – Sallam IKTBN Bachok dimana program mengacau Bubur Asyura di pekarangan dan ceramah dilaksanakan di dalam surau.
Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan seterusnya dapat memenuhi hasrat kerajaan yang ingin melihat seluruh rakyat Malaysia hidup bersatu padu dengan rasa persaudaraan yang tinggi serta aman dan harmoni tanpa ada rasa benci antara satu sama lain.
Disediakan Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin ( IKTBN BACHOK )
Disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin ( IKTBN BACHOK )