Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 11 October 2017 14:08

PERTANDINGAN SUKAN ANTARA JURUSAN DAN PERTANDINGAN KECERGASAN FIZIKAL ARP RM IKTBN BACHOK 2017

Written by
Rate this item
(0 votes)

SUKAN ANTARA JURUSAN 2017

 

Bachok, 11 Oktober 2017 – Bagi memeriahkan sambutan hari Sukan Negara yang akan disambut pada 14 Oktober 2017 (Sabtu) di seluruh negara. IKTBN Bachok telah mengadakan pertandingan Sukan antara jurusan dan pertandingan kecergasan fizikal ARP RM IKTBN Bachok 2017 pada 10 Oktober 2017 (Selasa).

Pertandingan ini dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Ybrs Tuan Pengarah IKTBN Bachok Encik Ab Rashid Bin Hj Deraman pada jam 08.00 pagi yang telah dihadiri oleh pegawai dan semua pelajar IKTBN Bachok. Perasmian telah diadakan di Padang Kawad sebelum semua peserta yang terlibat dengan pertandingan bergerak ke Venue-venue sukan yang di pertandingkan. Bagi pertandingan sukan kali ini 05 acara dipertandingkan antaranya Bola Sepak (9 sebelah), Futsal (Lelaki & Wanita), Bola jaring, Badminton dan Bola Tampar (Campuran).

Pertandingan ini juga disertai oleh pasukan pilihan kakitangan yang menyertai semua acara yang dipertandingkan. Pertandingan ini yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan kakitangan dan pelajar yang mengambil bahagian disamping menerapkan mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan bersukan.

Pemenang bagi acara yang dipertandingkan seperti berikut Bola Sepak 09 sebelah Johan adalah pasukan dari jurusan Penyelenggaraan Jentera Berat dan naib johan adalah pasukan pilihan kakitangan, Bola Jaring dimenangi oleh pasukan pilihan kakitangan dan naib johan oleh pasukan dari jurusan Penyajian, bagi acara Futsal lelaki johan dimenangi oleh jurusan Pembuat Perabot & Hiasan Dalaman dan bagi Futsal Wanita Johan di menangi oleh jurusan Diploma Lukisan Senibina.Bagi 2 acara lagi seperti badminton johan dimenangi oleh pasukan pilihan kakitangan dan acara Bola Tampar dimenangi oleh pelajar dari jurusan hospitaliti.

Disediakan Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin ( IKTBN BACHOK )
Disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin ( IKTBN BACHOK )

Read 5261 times Last modified on Rabu, 11 October 2017 14:12
 
Find us on Facebook
Follow Us