XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX PELAJAR IKTBN BACHOK JADI PILIHAN PIHAK INDUSTRI PERHOTELAN
 

Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 12 October 2017 06:14

PELAJAR IKTBN BACHOK JADI PILIHAN PIHAK INDUSTRI PERHOTELAN

Written by
Rate this item
(0 votes)

fnb

 

Bachok, 12 Oktober 2017 – Pelajar IKTBN Bachok sentiasa menjadi pilihan utama pihak Industri walaupun masih dalam pengajian. Perkara ini terbukti apabila pihak Sweet Beach Resort yang merupakan antara resort yang agak terkenal di Tok Bali, Kelantan telah menjemput seramai 10 orang pelajar dari jurusan Siji Lanjutan Teknologi Hospitaliti (Penyajian) untuk memberikan khidmat mereka sempena majlis yang agak besar yang berlangsung di Resort tersebut pada 10 Oktober 2017 (Selasa).

Walaupun kesemua pelajar tersebut baru 3 bulan belajar di IKTBN Bachok khidmat yang diberikan semasa majlis berlangsung sangat baik dan mendapat pujian dari pihak resort. Pihak IKTBN Bachok mengucapkan terima kasih kepada pihak resort yang memberikan kepercayaan yang tidak berbelah bagi kepada pelajar walaupun mereka masih baru. Sudah terbukti bahawa pelajar-pelajar di IKTBN Bachok sentiasa menjadi perhatian pihak Industri semasa belajar dan juga selepas menamatkan pengajian.

Disediakan Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin ( IKTBN BACHOK )
Disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin ( IKTBN BACHOK )

Read 188 times Last modified on Khamis, 12 October 2017 06:19
 
Find us on Facebook
Follow Us