XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX PENJELAJAHAN LASAK ARPRM UJI KETAHANAN PELATIH IKBN JITRA
 

Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 12 October 2017 06:15

PENJELAJAHAN LASAK ARPRM UJI KETAHANAN PELATIH IKBN JITRA

Written by
Rate this item
(0 votes)

7 OKTOBER 2017, Sabtu – “Para pelajar perlu menimba serta memanfaatkan sebaiknya ilmu rekreasi luar  yang diperolehi dalam program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra”. Demikian saranan oleh Pengarah IKBN Jitra, Encik Mohd Saifuddin Bin Zakaria ketika berucap di majlis penutup program tersebut.

Tambah beliau lagi, ilmu rekreasi luar merupakan antara pelbagai program yang direncanakan pihak pengurusan IKBN Jitra sebagai nilai tambah kepada semua pelatih di institut ini supaya mereka kelak bukan sahaja mempunyai kepakaran di dalam bidang kemahiran sahaja malah turut bersiap siaga dengan pelabagai ilmu serta kemahiran tambahan.

Program selama tiga hari dua malam yang melibatkan seramai 120 pelajar tersebut merupakan aktiviti wajib dwi tahunan bagi semua peserta program ARPRM IKBN Jitra bagi melengkapkan elemen penjelajahan lasak untuk melayakkan mereka ditauliahkan kelak.

Pelbagai aktiviti lasak yang mencabar mental dan fizikal telah direncanakan khusus untuk melatih para peserta disamping membina semangat berpasukan dan sifat setia kawan. Antaranya, aktiviti jalan lasak sejauh 10 kilometer secara berkumpulan bagi melatih ketahanan para peserta disamping turut diajar cara membaca peta.

Mereka juga terpaksa keluar dari zon selesa apabila perlu tidur di dalam khemah yang dibina mereka serta perlu memasak untuk persediaan makan mereka. Selain itu, antara aktiviti mencabar yang turut diadakan ialah aktiviti berakit berpasukan  di mana kerjasama mereka diuji kerana aktiviti tersebut memerlukan semangat kerjasama jitu.

Diharapkan program seumpama ini diteruskan lagi di masa akan dating kerana ia bukan sahaja mampu melatih pelajar dengan ilmu asas kemahiran hidup malah ia juga mampu membina jati diri serta semangat esprit de corp.

Read 45 times Last modified on Khamis, 12 October 2017 06:20
 
Find us on Facebook
Follow Us