Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 17 October 2017 14:59

BAHAGIAN HEP BUAT KELAINAN DALAM MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN IKTBN BACHOK BAGI BULAN OKTOBER 2017

Written by
Rate this item
(0 votes)

PBOKT17

Bachok, 17 Oktober 2017- IKTBN Bachok telah mengadakan Perhimpunan Bulanan bagi bulan Oktober 2017 pada 12 Oktober 2017 (Khamis) dengan sedikit kelainan daripada biasa apabila menganjurkan majlis di surau As-Salam.Pada bulan ini Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah diberi kepercayaan untuk menganjurkan majlis.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Noor Al-Aidil Adha Bin Hj Mohd Nor.Majlis seterusnya diteruskan dengan makluman mengenai aktiviti yang berlangsung pada bulan September dan yang sedang serta akan berlangsung pada bulan Oktober 2017 oleh pengacara majlis En. Mohd Adha Syazeni Bin Zaidi. Majlis diteruskan lagi dengan pengucapan awam dalam Bahasa Inggeris oleh wakil pelajar dari Jurusan Sijil Lanjutan Teknologi Automotif (Penyelenggaran Kereta).

Seterusnya ucapan dan amanat dari Pengarah IKTBN Bachok Tuan Ab. Rashid Bin Hj Deraman.Selepas selesai amanat dari Pengarah IKTBN Bachok majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah Pertandingan Sukan Antara Jurusan Peringkat IKTBN Bachok serta hadiah bagi pertandingan bilik terbersih.Pada kali ini pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah melakukan kelainan dengan mengadakan solat sunat Dhuha dan Bacaan Yassin sebelum majlis bersurai.Semoga aktiviti ini akan diteruskan lagi pada masa hadapan.

Disediakan Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin ( IKTBN BACHOK )
Disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin ( IKTBN BACHOK)

Read 4984 times Last modified on Selasa, 17 October 2017 15:05
 
Find us on Facebook
Follow Us