Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 14 January 2016 00:04

PERBINCANGAN DAN LAWATAN OLEH TARH, JPK WILAYAH SELATAN DAN UPEN JOHOR

Written by
Rate this item
(0 votes)

Disediakan oleh : Mohd Zaid Mohamed Awam

Foto oleh : Mohd Zaid Mohamed Awam

PERBINCANGAN DAN LAWATAN OLEH TARH, JPK WILAYAH SELATAN DAN UPEN JOHOR

Bandar Penawar, 13 Januari 2016 – Pegawai dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Wilayah Selatan, wakil Syarikat Themed Attraction Resort & Hotel Sdn Bhd (TARH) dan pegawai dari Unit Perancangan Ekonomi Negeri Johor (UPEN) telah hadir di IKBN Bandar Penawar jam 9.30 pagi. 


Program bermula dengan sesi perbincangan yang dipengerusikan oleh Lim Chow Kiat, selaku Timbalan Pengarah (HEP) IKBN Bandar Penawar. Selesai ucapan aluan oleh pengerusi, program diteruskan dengan sesi taklimat pengenalan oleh IKBN Bandar Penawar dan TARH. Program diteruskan dengan perbincangan mengenai bentuk kerjasama dan keperluan tenaga kerja di Desaru Coast.


Kemudian program diteruskan dengan lawatan di sekitar IKBN Bandar Penawar untuk melihat fasiliti di Jabatan Perhotelan dan Hospitaliti serta lawatan ke tapak pembinaan Desaru Coast. Program disertai oleh pegawai dari Cawangan Hubungan Industri, Jabatan Perhotelan, Jabatan Hospitaliti, TARH, JPK Wilayah Selatan dan UPEN Johor.


Sebanyak lebih kurang 700 peluang pekerjaan dalam bidang perhotelan dan hospitaliti menjelang tahun 2018 di sini. IKBN Bandar Penawar dan TARH akan menyediakan unjuran mengikut masa lepasan IKBN Bandar Penawar dan keperluan pekerja. Satu pebincangan lain akan diadakan oleh UPEN Johor bagi memuktamadkan demand dan supply sumber tenaga kerja dalam bidang ini. Program berkahir jam 1.30 tengah hari.

Read 1388 times Last modified on Khamis, 21 April 2016 17:55
 
Find us on Facebook
Follow Us