Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 12 October 2017 09:24

LAWATAN PENANDAARASAN EKSA DARI SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL MANJUNG, PERAK

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 12 OKTOBER 2017 - Dengan kejayaan Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar memperolehi Sijil Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ), sekali lagi IKBN Seri Iskandar menerima lawatan agensi dari luar iaitu Bahagian Teknologi Pendidikan Pelajaran Negeri Perak pada  11 Oktober 2017 jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama seramai 20 orang.

Turut hadir sama sesi taklimat En. Md. Isa Bin Ibrahim, Tuan Pengarah IKBN Seri Iskandar bersama En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan Merangkap Koordinator EKSA IKBN Seri Iskandar bersama Ahli Jawatankuasa Induk. Sesi taklimat telah disampaikan oleh Pn. Nur Ishah Bt Ishak di bawah Jawatankuasa Latihan.

Para peserta rombongan telah dibawa ke seluruh zon bagi melihat suasana dan pelaksanaan EKSA dijalankan di institut ini. Semoga lawatan ini dapat memberi serba sedikit info yang bermakna dalam proses pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam ( EKSA ) di tempat mereka nanti. Diakhir rombongan sesi bergambar telah diadakan di lobi pentadbiran



Read 5774 times
 
Find us on Facebook
Follow Us