Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 06 October 2017 09:28

KURSUS INDUKSI SLDN

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 5 OKTOBER 2017 - IKBN Seri Iskandar telah mengadakan Kursus Induksi SLDN pada 5 Oktober 2017 jam 9.00 pagi bertempat di Makmal Pneumatik, IKBN Seri Iskandar. Seramai 33 orang peserta terlibat yang terdiri daripada coach daripada industri (Panasonic Industrial Devices Malaysia Sdn. Bhd., Keretapi Tanah Melayu Berhad dan Solution Technologies) dan pengajar daripada pusat latihan (IKBN Seri Iskandar, IKTBN Bukit Mertajam dan IKBN Peretak).

Majlis ini telah disempurnakan oleh Pengarah IKBN Seri Iskandar, Md Isa bin Ibrahim. Penceramah jemputan sepanjang kursus ini adalah Norliana binti Jemain dan Rohani binti Rahman. Kedua-dua penceramah adalah daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Tengah.

Tujuan program ini diadakan untuk memberi kefahaman tentang sistem pembelajaran ini di mana maksud SLDN (Sistem Latihan Dual Nasional) adalah pembelajaran dalam dua situasi iaitu di industri dan di pusat latihan. Ia dikendalikan melalui usahasama syarikat. Kursus ini penting bagi melayakkan peserta untuk menjadi pengajar (pusat latihan) atau coach (industri).

 

Read 6304 times
 
Find us on Facebook
Follow Us