Bermula tahun lepas, setiap Sabtu kedua bulan Oktober telah dijadikan sebagai Hari Sukan Negara dengan matlamat untuk mewujudkan budaya sukan dalam kalangan rakyat di Negara ini. Jesteru itu, pihak penganjur telah mengadakan Program Hari Sukan Negara ini lebih awal pada tarikh yang telah ditetapkan kerana pelajar akan bercuti selama satu (1) minggu sempena Perayaan Hari Deepavali.
Beberapa aktiviti telah dirancang bagi memenuhi program tersebut di antaranya ialah senam aerobik. Senam aerobik ini telah dipimpin oleh jurulatih jemputan dan disusuli dengan pertandingan larian sejauh 4.5 km yang telah dirasmikan oleh En. Md. Isa Bin Ibrahim, Tuan Pengarah, IKBN Seri Iskandar yang menyusuri sekitar Bandar Seri Iskandar. Hadiah pemenang dan cabutan bertuah telah disampaikan oleh En. Md.Isa Bin Ibrahim.
Dalam ucapannya menyarankan agar warga IKBN Seri Iskandar menjadikan sukan satu budaya ke arah gaya hidup sihat dan wadah penyatuan untuk meningkatkan semangat patriotisme kepada negara.
Pada sebelah petangnya, acara diteruskan lagi dengan Pertandingan Beregu Ping Pong Campuran anjuran kelab Sukan Dan Kebajikan (KESKEB) dari kalangan kakitangan. Acara ini dijalankan secara kalah singkir dan 12 pasukan telah menyertai pertandingan ini. Johan pertandingan ini telah dimiliki oleh pasangan En. Mohd Jalil Bin Kamaldin / En.Mohd Zul Bin Badru, Naib Johan oleh En. Afif Bin Ahmad / En. Fakhurarrazi Bin Mustaffa dan ketiga dimenangi oleh Pn. Emiyusida Bt Yacob / Cik Afwana Bt Anuar.