Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 13 October 2017 09:40

KURSUS KLINIK AKUAN KOPERASI

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 16 OKTOBER 2017 – Sepanjang penubuhan Koperasi Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar Berhad (KOOPSI) telah mengadakan Kursus Klinik Akaun Koperasi pada 12-13 Oktober 2017 jam 9.00 pagi bertempat di Makmal Komputer, Jabatan Pengajian Umum, IKBN Seri Iskandar.

Kursus ini telah dihadiri dari wakil-wakil koperasi perak tengah seramai 20 orang peserta dan taklimat telah disampaikan oleh En. Khairudin Bin Yeop Ahmad, Penolong Pegawai Suruhanjaya Koperasi, Wilayah Perak Tengah. Kursus ini telah dirasmikan oleh En. Md. Isa Bin Ibrahim, Tuan Pengarah, IKBN Seri Iskandar.

Objektif utama kursus ini adalah bertujuan untuk pengurusan akaun dan penyediaan penyata kewangan dapat disiapkan dengan tepat. Penyediaan akaun bukan semata-mata urusan keluar masuk wang tetapi integriti dan penyediaan penyata kewangan.

Sebenarnya penyediaan penyata kewangan berkait rapat dengan mesyuarat agung tahunan bilamana anggota patut menerima laporan tahunan yang di dalamnya terkandung penyata kewangan yang telah diaudit oleh juruaudit yang telah dilantik dalam mesyuarat agung tahunan yang terdahulu. Dengan pendedahan kursus ini, setiap wakil koperasi yang terlibat dapat memanfaatkan dan ilmu pengetahuan tatacara penyediaan penyata kewangan yang betul. Sekaligus dapat melancarkan sistem pengurusan koperasi yang cemerlang.









Read 5972 times
 
Find us on Facebook
Follow Us