XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX PERTANDINGAN KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) PERINGKAT DALAMAN IKTBN CHEMBONG
 

Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 13 September 2017 14:13

PERTANDINGAN KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) PERINGKAT DALAMAN IKTBN CHEMBONG

Written by
Rate this item
(0 votes)

CHEMBONG, 13 SEPTEMBER 2017 Jabatan Diploma Lanjutan, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah mengadakan Pertandingan Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Peringkat Dalaman IKTBN Chembong pada hari ini.

Pertandingan ini disertai oleh pegawai-pegawai dari 5 bahagian di IKTBN Chembong iaitu Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Bahagian Automotif, Bahagian Awam dan Bahagian Jabatan Diploma Lanjutan. Pertandingan ini bertujuan untuk menambahbaik dan meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja melalui keupayaan mencipta cara bekerja baru atau menghasilkan inovasi serta kebolehan menyelesaikan masalah atau membuat penambahbaikan kerja. Pertandingan ini diadili oleh pegawai industri iaitu dari syarikat AD Selatan Sdn Bhd., Encik Nor Hisham Bin Aspan dan pegawai ILP Pedas, Puan Hidayah. 

Melalui pertandingan ini, ia dapat memupuk semangat bekerja secara berpasukan, Pewujudan hubungan yang harmorni dan menjadi salah satu landasan bagi perkongsian dan pengembangan hasil inovasi rekacipta pelajar dan juga pengajar mencapai tahap rekacipta terkini dari segi rekabentuk dan fungsi. Tahniah dan syabas diucapkan pada semua pemenang dan semoga berjaya dalam pertandingan Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Peringkat Negeri Sembilan yang akan diadakan pada 16 & 17 Oktober 2017.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

21728010 1567149036713336 6905191202445401290 n

 

21728144 1567149090046664 5071379658902871583 n

 

21742805 1567149170046656 4376230625479432352 n

 

21743107 1567149126713327 3737612150181899135 n

Read 200 times Last modified on Khamis, 19 October 2017 05:31
 
Find us on Facebook
Follow Us