Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 22 January 2016 00:11

SESI PENGUCAPAN AWAM

Written by
Rate this item
(0 votes)

Oleh : Encik Lim Chow Kiat

Foto : Encik Mohammad Azmi Bin Sohari

SESI PENGUCAPAN AWAM

BANDAR PENAWAR, 21 JANUARI 2016 – Sesi pengucapan awam melibatkan semua pelajar baru dan lama telah diadakan di Pusat Sumber, Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar selama tiga malam berturut-turut dari 18-20 Januari 2016.


Dalam sesi tersebut, pelajar diberi tempoh masa lebih kurang lima minit untuk memperkenalkan diri dan menceritakan latar belakang masing-masing. Sepanjang sesi ini berlangsung, pelbagai gelagat telah ditunjukkan oleh pelajar.


Program anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) ini merupakan platform untuk pelajar berucap, membina keyakinan dan seterusnya meningkatkan kemahiran mereka untuk berucap di khalayak ramai. Melalui sesi ini juga, Bahagian HEP dapat mengenal pasti pelajar yang mempunyai bakat untuk digilap menjadi pengacara majlis pada masa hadapan.

 

Selain daripada itu, sesi ini juga memberi peluang untuk pelajar mengenali rakan-rakan lain dengan lebih lanjut lagi seperti latarbelakang keluarga, pendidikan, pengalaman belajar atau bekerja, hobi, peringkat penglibatan dalam sukan dan juga bakat lain yang dimiliki.

 

Pada malam akhir sesi tersebut, Timbalan Pengarah HEP, Lim Chow Kiat mengucapkan tahniah dan syabas kepada pelajar-pelajar yang telah melalui proses sesi pengucapan awam. Beliau yakin semua pelajar telah memperolehi pengalaman yang jarang-jarang diberi dan berharap mereka akan cuba memperbaiki kelemahan masing-masing. Beliau juga mengingatkan semua pelajar bahawa kebolehan berkomunikasi dan berucap adalah penting khususnya kepada pelajar-pelajar yang mengambil kursus dalam jurusan perhotelan dan hospitaliti.

Read 949 times Last modified on Khamis, 21 April 2016 18:10
 
Find us on Facebook
Follow Us