Johor Bahru, 7 Januari 2016 – Satu lawatan muhibbah ke ABM (Akedamik Binaan Malaysia) Cawangan Selatan telah diadakan bagi membincangkan hal-hal berkaitan kursus-kursus Minyak dan Gas. Lawatan ini diketuai oleh Shaidon Bin Borham dan disertai oleh pegawai Jabatan Minyak dan Gas Mohammad Jailani Bin A Jamil, Salizal Bin Mohamad Rajali @Mohamad Ghazali dan Mohd Nasrul Bin Ismail.
Pihak ABM telah diwakili oleh Supian Bin Musa memegang jawatan sebagai Chief Operating Officer, Mohd Zaid Bin Rahmat memegang jawatan sebagai Head Corporate & Business Development, Shahid Bin Nansok memegang jawatan sebagai Manager, Rafee Rashid memegang jawatan sebagai Executive Skill Training Division, Khairul Anuar Bin Mohd memegang jawatan sebagai General Manager The Welding Institute dan Shamsul Nizam Bin Abdul Rahman memegang jawatan sebagai Senior Operations Manager The Welding Institute.
Perkara-perkara yang dibincangkan semasa lawatan adalah berkenaan kursus paip fitting, painting and blasting dan NDT (Non Destructive Testing). Lawatan ini antara lainnya untuk melihat peralatan dan kemudahan bagi menjalankan kursus-kursus ini. ABM dilengkapi dengan kemudahan bengkel berserta bilik kuliah, blok bangunan asrama, dewan makan, surau dan kemudahan riadah. Lawatan yang bermula pada 2 petang ini berakhir pada pukul 5.30 petang.