Seramai 32 orang pegawai dan kakitangan IKTBN Bachok telah terlibat dalam menjayakan kursus ini. Penceramah bagi kursus ini adalah Puan Safura Bt Mad Juhari yang didatangkan khas dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu. Beliau telah memberikan banyak maklumat yang berguna bagi membantu pihak IKTBN Bachok melaksanakan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).Banyak teguran yang membina dibuat oleh beliau semasa membuat lawatan ke ruang-ruang kerja pegawai. Diharapkan teguran yang diberikan oleh beliau akan membantu pihak IKTBN Bachok dipersijilkan dengan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada tahun hadapan. Semoga ilmu yang disampaikan oleh beliau menjadi panduan dan manfaat yang berguna kepada semua pegawai yang mengikuti kursus tersebut.
Disediakan Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin ( IKTBN BACHOK )
Disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin ( IKTBN BACHOK )