Seramai 17 orang pelajar dari jurusan Teknologi Automotif (Semburan Cat) tahap 1 dan 10 orang pelajar lepasan IKTBN Bachok telah ditemuduga oleh pihak syarikat. Sebelum ditemuduga pelajar dikehendaki menjalani ujian bertulis terlebih dahulu. Hanya yang benar-benar layak sahaja akan dipanggil untuk program Latihan Teknikal Perantis (Apprentice).
Keputusan temuduga dijangka diketahui dalam masa terdekat bagi membolehkan pelajar-pelajar yang terpilih membuat persediaan awal. Pihak IKTBN Bachok amat berbesar hati kerana walaupun pelajar masih belum menamatkan pengajian pihak syarikat Perodua telah menunjukkan minat untuk mendapatkan pelajar bagi bekerja dengan mereka.Seperti yang sedia maklum syarikat Perodua merupakan syarikat pengeluar kereta nasional yang terkenal di Malaysia, ia menjadi kebanggan kepada pihak IKTBN Bachok kerana menjadi pilihan syarikat untuk mendapatkan pekerja separuh mahir dalam bidang Automotif.
Disediakan Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin
Disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin