Bagi tahun 2015 pasukan sukan bermotor Rally AKBM / IKBNT sekali lagi telah menyertai acara tersebut dengan penyertaan sebuah jentera perlumbaan bagi tujuan utama memberi pendedahan teknikal secara dekat/sebenar kepada pelajar-pelajar dalam bidang berkaitan. Pasukan AKBM terdiri daripada 5 orang pegawai dan 20 orang pelajar tahap 3 bidang sukan bermotor 4 roda selaku juruteknik dan juga pembantu teknikal pasukan. Acara pembukaan dan pelepasan pula berlangsung di kawasan Menara Tinjau Air Timbul yang menampilkan litar mini “Super Special Stage” bagi memberi keunikan dan cabaran kepada semua pasukan untuk menguji ketahanan jentera dan kecekapan pemanduan sukan lasak Rally.
Anjuran : Malaysian Rally Championship 2015 Saturday Night Fever Racing
Tarikh : i) 03 ~ 05 April 2015 ii) 16 ~ 17 Mei 2015
Lokasi : i) ladang Chuping dan kilang gula, Perlis ii) Litar Antarabangsa Sepang

Ladang Chuping, Kedah

Sepang Circuit