Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Ahad, 17 January 2016 16:24

MAJLIS MERAIKAN PEGAWAI BERSARA

Written by
Rate this item
(0 votes)

Disediakan oleh : Puan Norashikin Binti Rambat

Foto : Encik Mohamad Azmi Bin Sohari

MAJLIS MERAIKAN PEGAWAI BERSARA

Bandar Penawar, 17 Januari 2016 – Satu majlis telah diadakan di Restoran Bestari, Felda Adela bagi meraikan pegawai bersara Tuan Haji A. Rahman Bin Ismail, Pembantu Kesateria Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Rahmat Bin Ahmad Mashri. Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Shaidon Bin Borham selaku Timbalan Pengarah Bahagian Latihan. Beliau mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga buat pegawai yang diraikan selama beliau berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Beliau adalah seorang yang berfikiran terbuka, boleh boleh berkerjasama dengan semua pegawai serta mempunyai hubungan yang baik dengan pegawai dan pelajar di IKBN Bandar Penawar.


Tuan Haji A. Rahman Bin Ismail dilahirkan pada 21 Mei 1959. Beliau telah berkhidmat selama 13 tahun di Angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia sebelum beliau meneruskan perkhidmatan beliau di Jabatan Perkhidmatan Awam pada lantikan pertama 13 Januari 2003. Beliau akan berpencen pada 1 Februari 2016. Selama 2 tahun di IKBN Bandar penawar bermula bertugas pada 9 Disember 2013, beliau sangat berdedikasi menjalankan tugas beliau di sini.


Majlis diteruskan dengan memberi penghormatan kepada pegawai yang diraikan untuk menyampaikan sepatah dua kata. Beliau berterima kasih kepada pihak IKBN Bandar Penawar di atas majlis yang diadakan, beliau amat bersyukur bertukar tugas ke IKBN Bandar Penawar dan dapat berpencen di kampung halaman. Sebelum ini beliau telah bertugas di 3 IKBN lain iaitu IKBN Alor Gajah, IKBN Pagoh dan IKBN Seri Iskandar. Beliau memohon kemaafan jika terdapat salah silap selama beliau berkhidmat di sini.


Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati daripada pihak IKBN Bandar Penawar kepada Tuan Haji A. Rahman Bin Ismail. Kami di IKBN Bandar Penawar mendoakan agar beliau sentiasa sihat dan meneruskan kehidupan dengan lebih baik. Majlis yang bermula jam 12.00 tengah hari telah berkahir jam 1.30 tengah hari.

Read 959 times Last modified on Khamis, 21 April 2016 18:19
 
Find us on Facebook
Follow Us