Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Ahad, 29 October 2017 16:09

IKTBN BACHOK ADAKAN BENGKEL PEMBANGUNAN WIM TEKNOLOGI AWAM

Written by
Rate this item
(0 votes)

WIM1WIM2

Bachok, 29 Oktober 2017– Pada 23 hingga 26 Oktober 2017 yang lepas pihak IKTBN Bachok melalui Cawangan Pentauliahan dan Kawalan Kualiti telah mengadakan Bengkel Pembangunan WIM bagi bidang Teknologi Awam.

Seramai 20 orang tenaga pengajar telah terlibat dalam menjayakan bengkel ini. Antara IKBN yang terlibat menghantar wakil bagi menyiapkan WIM adalah dari IKTBN Chembong, IKBN Kuala Langat, IKBN Kinarut dan juga IKBN kuala Perlis serta dari IKTBN Bachok sendiri selaku tuan rumah.

Bagi membolehkan tenaga pengajar menumpukan sepenuh perhatian dalam menyiapkan WIM bengkel ini telah di adakan di Kompleks Rakan Muda Daerah Besut.Antara bidang yang dibangunkan WIM adalah bidang Penyelia Awam & Struktur, bidang Lukisan Senibina dan juga bidang Scaffolding-Tubular. Pembangunan WIM ini diadakan bagi memastikan WIM yang digunapakai semasa pembelajaran pelajar adalah yang terkini dan mengikut keperluan Industri pada hari ini.

Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

Read 5165 times
 
Find us on Facebook
Follow Us