Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Ahad, 29 October 2017 16:12

IKTBN BACHOK ADAKAN KURSUS JURUPERANCAH PERINGKAT PERTENGAHAN BAGI TENAGA PENGAJAR

Written by
Rate this item
(0 votes)

IMG 20171025 WA0011IMG 20171025 WA0012IMG 20171025 WA0013

Bachok, 29 Oktober 2017– Dari 3 hingga 12 Oktober 2017 IKTBN Bachok melalui Cawangan Pentauliahan dan Kawalan Kualiti telah mengadakan kursus Juruperancah Peringkat Pertengahan kepada tenaga pengajar yang terlibat dalam bidang tersebut.

 

Seramai 12 orang tenaga pengajar dari beberapa IKBN telah hadir menghadiri kursus ini. Antara IKBN yang menghantar wakil adalah IKBN Kinarut, Sabah 2 orang peserta, IKBN Bandar Penawar, Johor juga 2 orang peserta, IKBN Pekan, Pahang juga dengan 2 orang pserta manakala IKBN Kuala Perlis, Perlis hanya menghantar seorang peserta sahaja. IKTBN Bachok selaku tuan rumah telah menghantar paling ramai peserta iaitu 5 orang tenaga pengajar.

Kursus ini telah diadakan di bengkel Juruperancah IKTBN Bachok yang memang mempunyai fasiliti yang lengkap bagi mengadakan kursus tersebut. Dalam kalangan ILKBS di Malaysia IKTBN Bachok merupakan 2 buah ILKBS yang menawarkan kursus Juruperancah. Tenaga pengajar yang terlibat dalam memberi tunjuk adalah yang telah diiktiraf oleh pihak Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP). Semoga kursus yang diadakan ini memberi manfaat yang berguna kepada semua tenaga pengajar yang terlibat.

Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

Read 5277 times Last modified on Ahad, 29 October 2017 16:18
 
Find us on Facebook
Follow Us