Program yang diberi nama Visiting Lecturer Programme (English Languange Ecplorace) telah diadakan di Sri Bayu Restaurant dengan dihadiri oleh semua pengajar dan pelajar Jabatan Teknologi Hospitaliti. Objektif utama program ini adalah menarik minat pelajar, memberi kesedaran tentang kepentingan penggunaan dan menaikkan pencapaian akademik serta penguasaan bahasa inggeris
Bagi memastikan program ini mencapai objektifnya pihak IKTBN Bachok melalui Jabatan Pengajian Umum telah menjemput Profesor Madya Norhaiyati Bt Abdul Muin dari UITM Machang bagi memberikan ceramah.Majlis telah ditutup secara rasminya pada jam 12.30 tengahari oleh tuan Pengarah IKTBN Bachok En. Ab. Rashid Bin Hj Deraman. Semoga ilmu yang diperolehi melalui program ini akan digunakan sebaiknya oleh semua pelajar yang terlibat. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diberikan kepada semua yang telah menjayakan program ini.
Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin