IKTBN Bachok yang telah diberikan amanah oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) KBS untuk menyelaras dan melaksanakan 5 program Kesukarelawan ILKBS yang melibatkan seluruh warga IKTBN Bachok termasuk peserta ARPRM. Program ini merupakan satu pendekatan belia bersama masyarakat bagi memupuk semangat kesukarelawan di dalam diri belia, ia juga selari dengan program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) di bawah elemen Khidmat Masyarakat dan Kemahiran yang merupakan aktiviti Ko-kurikulum yang dilaksanakan oleh ILKBS seluruh Malaysia.
Bagi permulaan pada 27 Oktober 2017 (Jumaat) 2 tempat telah dipilih bagi pelaksanaan program ini antaranya adalah di Masjid Tepus, Gunung, Bachok di mana pelajar-pelajar yang merupakan peserta ARPRM telah menjalankan kerja-kerja membaik pulih dan mengecat Masjid tersebut. Tempat kedua adalah di Kampung Pak Badol dimana pelajar telah terlibat dalam kerja-kerja membaik pulih dan mengecat Balai Raya kampung tersebut. Bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar dan teratur 2 orang pegawai dari bahagian Hal Ehwal Pelajar telah dilantik sebagi penyelaras bagi kedua-dua tempat tersebut. Penyelaras yang pertama adalah Puan Nurul Zannah Hafizah Bt Lamjah di Masjid Tepus dan Puan Che Naemah Bt Che Abdullah di balai raya kampung paka badol.
Masih ada 3 lagi program yang masih belum dilaksanakan dan dijangka akan dilaksanakan pada awal November. Semoga program ini akan diteruskan lagi pada masa hadapan.
Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin