Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Ahad, 10 January 2016 16:35

MAJLIS PENUTUPAN MINGGU PARADIGMA SESI 1/2016

Written by
Rate this item
(0 votes)

Disediakan oleh : Puan Norashikin Binti Rambat

Foto : Encik Mohd Shamsul Anuar Bin Moh Suaid

MAJLIS PENUTUPAN MINGGU PARADIGMA SESI 1/2016

Bandar Penawar, 10 Januari 2016 – Majlis penutupan bermula jam 8.30 pagi disertai oleh pegawai, pengajar dan semua pelajar baru dan lama IKBN Bandar Penawar. Semua tetamu diminta berdiri bagi menyanyikan lagu Bangsa Johor, Negaraku dan lagu Belia untuk Belia. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh pelajar Abdul Azim Bin Halim diikuti dengan bacaan ikrar pelajar yang diketuai oleh Izwan Izuddin Bin Azada. 


Majlis diteruskan dengan tayangan video sorotan aktiviti pelajar baru disepanjang minggu paradigma. Pelbagai aktiviti yang dilaksanakan antaranya aktiviti mengguting rambut pelajar lelaki, taklimat peraturan, panduan dan tatatertib. Pembentukan kumpulan untuk melaksanakan latihan dalam kumpulan (LDK). LDK 1 Mengenal Diri, LDK 2 Emarace, Memasang Khemah, LDK 3 Jati Diri, Ceramah Integriti, Taklimat oleh AADK, LDK 4 Celik IKBN, Operasi Burung Hantu dan LDK 5 Penawar Explorace.


Majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh wakil pelajar Mohd Firdaus Bin Shafie iaitu Penghulu bagi pelajar baru bagi sesi pengambilan kali ini. Beliau mengucapkan terima kasih tidak terhingga buat semua Fasilitator yang membimbing mereka selama 6 hari menjalani minggu paradigma. Semua aktiviti yang dilaksanakan memberi meraka banyak pengajaran. Majlis diteruskan dengan ucapan penutupan minggu paradigma sesi 1/2016 oleh Lim Chow Kiat selaku Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar yang mewakili Pengarah IKBN Bandar Penawar. Beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pelajar baru yang berjaya mengharungi minggu paradigma. Beliau juga mengucapkan selamat kembali kepada pelajar lama bagi meneruskan pengajian mereka di sini. Beliau mahu pelajar senior berkerjasama dengan pelajar baru dan membantu mereka tanpa mengira latar belakang dan agama. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelajar senior dan alumni yang hadir lebih awal bagi membantu dan menjayakan hari pendaftaran dan minggu paradigma sesi 1/2016. Beliau menutup minggu paradigma sesi 1/2016 secara rasminya.


Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada kumpulan 8 yang memenangi aktiviti Explorace, manakala kumpulan 4 memenangi hadiah persembahan terbaik dan hadiah kumpulan terbaik. Peserta lelaki terbaik dimenangi oleh Izwan Izuddin Bin Azada dan peserta wanita terbaik dimenangi oleh Azira Noraini Binti Ain, manakala hadiah kepimpinan dimenangi oleh Firdaus Bin Syafie. Majlis diteruskan dengan simbolik penyerahan pelajar oleh Timbalan Pengarah HEP kepada wakil Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, Shaharin Bin Shaharuddin. Majlis diakhiri dengan persembahan sektsa oleh kumpulan 4.

Read 874 times Last modified on Khamis, 21 April 2016 18:28
 
Find us on Facebook
Follow Us