Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 31 October 2017 10:25

Program Gerak Bakti Prihatin, Dinamik Dan Mahir Di Tahfiz Sekitar Bachok

Written by
Rate this item
(0 votes)

Bachok, 31 Oktober 2017Program Gerak Hati Prihatin, Dinamik Dan Mahir Di Tahfiz Sekitar Bachok telah bermula secara rasminya pada 29 Oktober 2017 dengan Madrasah Al-Insaniah Wal Tahfizul Quran di Kampung Pantai Melawi menjadi pusat tahfiz yang pertama menjadi lokasi program ini.

Program ini menumpukan kepada pembaikian pusat-pusat tahfiz bagi memberi keselesaan kepada pelajar-pelajar Tahfiz untuk belajar. Program yang bermula pada 29 Oktober 2017 dan dijangka berakhir pada 08 November 2017 melibatkan 07 buah Pusat Tahfiz yang terpilih dalam daerah Bachok.Bagi memastikan program ini mencapai objektifnya pihak IKTBN Bachok telah menghantar pelajar-pelajar dari Jabatan Teknologi Awam (bidang Awam & Struktur dan Pembuat Perabot & Hiasan Dalaman) untuk menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat. Selain daripada pelajar-pelajar Jabatan Teknologi Awam mereka juga dibantu oleh pelajar-pelajar dari jurusan Automotif dan Hospitaliti yang merupakan peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) IKTBN Bachok.Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diberikan kepada semua yang telah menjayakan program ini.

 

GB2GB1GB3

Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

Read 5599 times Last modified on Selasa, 31 October 2017 15:07
 
Find us on Facebook
Follow Us