Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 31 October 2017 16:01

PERTANDINGAN KREATIVITI INOVASI & TEKNOLOGI “KRISTEK 17”

Written by
Rate this item
(0 votes)

Bachok, 31 Oktober 2017Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan Inovasi IKTBN Bachok kerana telah mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali dalam sejarah menjadi Johan kategori Mekanikal di Pertandingan Kreativiti Inovasi & Teknologi “Kristek 17” yang berlangsung di Institut Latihan Perindustrian Kota Bharu, Kelantan.

Pertandingan yang berlangsung selama 2 hari bermula pada 25 Oktober 2017 dan berakhir pada 26 Oktober 2017 telah disertai oleh kebanyakkan Institusi Latihan Kemahiran yang ada di Malaysia.Bagi pertandingan kali ini 6 bidang dipertandingkan antaranya Elektrikal, Elektronik,ICT, Mekanikal, sivil dan Arkitek.IKTBN Bachok telah menghantar 2 pasukan untuk menyertai pertandingan ini iaitu bidang Mekanikal yang telah menjadi Johan dan 1 lagi bertanding dalam bidang Arkitek.

Pihak IKTBN Bachok mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua tenaga pengajar dan pelajar yang terlibat mencurahkan tenaga dalam memastikan kejayaan dalam pertandingan ini. Sekali lagi diucapkan tahniah dan syabas kepada semua tenaga pengajar dan pelajar yang telah mengharumkan nama IKTBN Bachok.TAHNIAH IKTBN BACHOK.

IMG 20171026 WA0030IMG 20171026 WA0028IMG 20171026 WA0031

Disediakan dan disunting Oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

Read 5288 times Last modified on Selasa, 31 October 2017 16:26
 
Find us on Facebook
Follow Us