Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 07 January 2016 16:38

TAKLIMAT INTEGRITI

Written by
Rate this item
(0 votes)

Disediakan oleh : Puan Norashikin Binti Rambat

Foto : Encik Mohd Zaid Bin Mohamed Awam

TAKLIMAT INTEGRITI

Bandar Penawar, 7 Januari 2016 – Satu taklimat berkenaan integriti telah diadakan di Dewan Serbaguna IKBN Bandar Penawar. Taklimat disampaikan oleh Encik Mohammad Pauzi Bin Paiman, Pegawai dari Unit Integriti Kementerian Belia dan Sukan. Taklimat bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 10.00 pagi. Semua pegawai IKBN Bandar Penawar dan pelajar baru terlibat dalam program ini.


Taklimat ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan memberi kesedaran kepada semua pegawai di sini akan kepentingan berintegriti dalam menjalankan tugas seharian khasnya sebagai penjawat awam dan umumnya sebagai pengajar dan role model kepada pelajar dan masyarakat. Integriti yang memberi maksud kejujuran wajib ada dalam diri kerana ia akan melahirkan sikap bertanggunjawab dan amanah ketika menjalankan tugas.


Sesebuah organisasi yang menerapkan nilai integriti yang tinggi akan mewujudkan budaya pematuhan peraturan, pekerja yang mengikut prosedur dan pegawai yang mengikut kod etika pekerjaan. Oleh itu produktiviti dapat dipertingkatkan dan mengurangkan penyalahgunaan kuasa. Integriti adalah nilai teras yang wajib diterapkan dalam diri setiap individu.


Taklimat selama 2 jam ini memberi banyak info yang bermanfaat untuk semua pegawai yang hadir. Terima kasih kepada Encik Mohammad Pauzi Bin Paiman diatas perkongsian yang telah diberikan.

Read 994 times Last modified on Khamis, 21 April 2016 18:38
 
Find us on Facebook
Follow Us