Print this page
Selasa, 03 October 2017 22:41

PROGRAM GOTONG ROYONG MEMASAK BUBUR ASYURA

Written by
Rate this item
(0 votes)

CHEMBONG, 3 OKTOBER 2017 Jawatankuasa Surau Al- Falah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah mengadakan gotong royong memasak Bubur Asyura pada hari ini.

Gotong royong ini bermula seawal 8.00 pagi ini melibatkan pegawai dan pelajar IKTBN Chembong bersempena menyambut kedatangan Awal Muharam dan tahun baru kalendar Islam. Kesemua bubur asyura itu kemudiannya diagihkan kepada semua warga IKTBN Chembong pada sebelah petang.

Program ini bermatlamatkan untuk menyambut bulan Muharram dan meneruskan tradisi bubur asyura disamping untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim, perpaduan, persaudaraan serta persahabatan antara warga IKTBN Chembong. Semoga program yang bermanfaat ini dapat diteruskan di masa akan datang.

Laporan Oleh : Jawatankuasa Portal IKTBN Chembong

 

22089588 1585074631587443 6387702174173526472 n

 

22089632 1585074348254138 2602190220487199055 n

 

22196185 1585074661587440 4489907345523348597 n

 

 

Read 6652 times Last modified on Rabu, 01 November 2017 10:46
Find us on Facebook
Follow Us